Menu

Tuesday, 23 December 2014

(Gambar) Majlis Hi-Tea Bersama Tan Sri Muhammad Ali Hashim

...

Monday, 10 November 2014

Majlis Hi-Tea Bersama Tan Sri Muhammad Ali Hashim



DPIM Perak dengan bangganya akan menganjurkan satu majlis Hi-Tea bersama Presiden DPIM, Tan Sri Muhammad Ali Hashim pada 9 Disember 2014 bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada jam 2 petang. Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Sekiranya berminat, sila hubungi team DPIM Perak di talian 05-5251622 atau 019-5142000.






Monday, 3 November 2014

Biografi Presiden: Tan Sri Muhammad Ali Hashim


Tan Sri Muhammad Ali Hashim berumur 64 tahun merupakan Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Beliau adalah Pengasas dan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Bhd, (WANCorp), iaitu institusi Waqaf Korporat pertama ditubuhkan di Malaysia. Pada akhir 2011 nilai aset WANCorp berjumlah RM502 juta.

Tan Sri Muhammad Ali Hashim pernah menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) selama lebih 28 tahun (Januari 1982-Julai 2010). Dibawah pimpinan beliau Kumpulan JCorp Berjaya dibina hingga menjadi organisasi korporat utama Malaysia, melibatkan 280 syarikat (8 tersenarai di Bursa Malaysia, 1 di London Stock Exchange) dan lebih 65,000 warga kerja.

Nilai modal pasaran saham (market capitalization) saham-saham tersenarai milik JCorp pada akhir 2011 melebihi RM18.1 BILLION. Jualan tahunannya melebihi RM8 billion, dengan keuntungan bersih Kumpulan pada 2010 berjumlah RM962 juta.

Antara syarikat utama JCorp termasuk KFC Holdings Malaysia Bhd dan QSR Brands Bhd (pemilik rangkaian lebih 900 restoran KFC, Pizza Hut dan Ayamas di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan Mumbai, India). Syarikat anak JCorp, KPJ Healthcare Bhd, adalah pemimpin pasaran dalam bisnes Perubatan Pakar dengan lebih 20 buah hospital pakar di Malaysia dan 2 di Indonesia. Satu lagi syarikat utama JCorp ialah Kulim Malaysia Berhad yang terlibat dalam membangunkan industri minyak kelapa sawit yang memiliki perladangan kelapa sawit terbesar di di Papua New Guinea yang juga tersenarai di pasaran saham London.

Tan Sri Muhammad Ali juga telah menulis tiga buku iaitu:-
  • 1995 – “Membujur Lalu – Satu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan”,
  • 2003 – “Bisnes Satu Cabang Jihad – Pembudayaan Bisnes untuk Survival”,
  • 2011 – “Khalifah Ganti Superman”

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1969 dan menyertai Program Eksekutif Kanan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada tahun 1985. Tan Sri Muhammad Ali juga telah dianugerahkan Ijazah-Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang keusahawanan, bisnes dan pengurusan daripada 8 universiti di Malaysia.

Terkenal dengan kegigihannya mengintegrasikan nilai dan prinsip Islam ke dalam bisnes dan telah memperkenalkan beberapa konsep yang membawa impak besar seperti antara lain yang diperjuangkan ialah konsep “JIHAD BISNES”, “WAQAF KORPORAT” dan “INTRAPRENEUR DAN ENTREPRENEUR AMANAH” yang telah mendapat perhatian masyarakat Malaysia.

Atas sumbangan beliau kepada pembangunan keusahawanan dan kedudukan ekonomi ummah, beliau telah dianugerahkan Anugerah Penghargaan Maal Hijrah yang disampaikan oleh SPB Yang Dipertuan Agong pada tahun 1428H / 2007M.

Pimpinan DPIM Perak 2014


Pengerusi: Dato’ Zahar Bin Hashim, DIMP

Timbalan Pengerusi: Encik Taqrir Akramin Bin Khalib

Naib Pengerusi: Puan Sabtiah Binti Hj Abu Kassim

Setiausaha: Encik Khairul Amal Bin Hashim

Bendahari: Encik Abdul Wahhib Bin Abdul Wahab