...
Tuesday, 23 December 2014
Monday, 10 November 2014
Majlis Hi-Tea Bersama Tan Sri Muhammad Ali Hashim
DPIM Perak dengan bangganya akan menganjurkan satu majlis Hi-Tea bersama Presiden DPIM, Tan Sri Muhammad Ali Hashim pada 9 Disember 2014 bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada jam 2 petang. Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Sekiranya berminat, sila hubungi team DPIM Perak di talian 05-5251622 atau 019-5142000.
Monday, 3 November 2014
Biografi Presiden: Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Tan Sri Muhammad Ali Hashim berumur 64 tahun merupakan Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Beliau
adalah Pengasas dan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Bhd, (WANCorp),
iaitu institusi Waqaf Korporat pertama ditubuhkan di Malaysia. Pada
akhir 2011 nilai aset WANCorp berjumlah RM502 juta.
Tan
Sri Muhammad Ali Hashim pernah menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif
Johor Corporation (JCorp) selama lebih 28 tahun (Januari 1982-Julai
2010). Dibawah pimpinan beliau Kumpulan JCorp Berjaya dibina hingga
menjadi organisasi korporat utama Malaysia, melibatkan 280 syarikat (8
tersenarai di Bursa Malaysia, 1 di London Stock Exchange) dan lebih
65,000 warga kerja.
Nilai
modal pasaran saham (market capitalization) saham-saham tersenarai
milik JCorp pada akhir 2011 melebihi RM18.1 BILLION. Jualan tahunannya
melebihi RM8 billion, dengan keuntungan bersih Kumpulan pada 2010
berjumlah RM962 juta.
Antara
syarikat utama JCorp termasuk KFC Holdings Malaysia Bhd dan QSR Brands
Bhd (pemilik rangkaian lebih 900 restoran KFC, Pizza Hut dan Ayamas di
Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan Mumbai, India). Syarikat anak
JCorp, KPJ Healthcare Bhd, adalah pemimpin pasaran dalam bisnes
Perubatan Pakar dengan lebih 20 buah hospital pakar di Malaysia dan 2 di
Indonesia. Satu lagi syarikat utama JCorp ialah Kulim Malaysia Berhad
yang terlibat dalam membangunkan industri minyak kelapa sawit yang
memiliki perladangan kelapa sawit terbesar di di Papua New Guinea yang
juga tersenarai di pasaran saham London.
Tan Sri Muhammad Ali juga telah menulis tiga buku iaitu:-
- 1995 – “Membujur Lalu – Satu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan”,
- 2003 – “Bisnes Satu Cabang Jihad – Pembudayaan Bisnes untuk Survival”,
- 2011 – “Khalifah Ganti Superman”
Beliau
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti
Malaya pada tahun 1969 dan menyertai Program Eksekutif Kanan di
Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada tahun 1985. Tan Sri Muhammad
Ali juga telah dianugerahkan Ijazah-Ijazah Kehormat Doktor Falsafah
dalam bidang keusahawanan, bisnes dan pengurusan daripada 8 universiti
di Malaysia.
Terkenal
dengan kegigihannya mengintegrasikan nilai dan prinsip Islam ke dalam
bisnes dan telah memperkenalkan beberapa konsep yang membawa impak besar
seperti antara lain yang diperjuangkan ialah konsep “JIHAD BISNES”,
“WAQAF KORPORAT” dan “INTRAPRENEUR DAN ENTREPRENEUR AMANAH” yang telah
mendapat perhatian masyarakat Malaysia.
Atas
sumbangan beliau kepada pembangunan keusahawanan dan kedudukan ekonomi
ummah, beliau telah dianugerahkan Anugerah Penghargaan Maal Hijrah yang
disampaikan oleh SPB Yang Dipertuan Agong pada tahun 1428H / 2007M.
Pimpinan DPIM Perak 2014
Pengerusi: Dato’ Zahar Bin Hashim, DIMP
Timbalan Pengerusi: Encik Taqrir Akramin Bin Khalib
Naib Pengerusi: Puan Sabtiah Binti Hj Abu Kassim
Setiausaha: Encik Khairul Amal Bin Hashim
Bendahari: Encik Abdul Wahhib Bin Abdul Wahab
Wednesday, 29 October 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)